1
SEJAK menyertai program Talk To My Manager 2 sehingga menjadi pengacara Big Stage Rocketfuel, sikap ‘gila-gila’ dan gelagat spontan Azeva dalam media sosial terus menjadi tumpuan ramai.
Terbaharu, gelagatnya memuat naik video ‘unboxing’ diri sendiri selepas program disertainya dinanti ramai.
Menerusi konten itu, dia akan buka baju persembahan dan membersihkan solekan sebelum berehat.
Rata-rata terhibur dan menyifatkan Azeva ada sisi humor semulajadi.
“Dia ni sangat rawak, borak pun benda-benda tidak serius, sangat menghiburkan.
“Setiap kali lepas Big Stage mesti tunggu video ‘unboxing’ Azeva, nak lihat kelucuannya,” komen netizen. – HIBGLAM
