‘Dia jadi artis, doktor ke apa sahaja, saya sokong‘

PENYANYI Nubhan memaklumkan akan sentiasa menyokong apa jua keputusan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah termasuk jika wanita itu berhasrat menceburi bidang seni.

Ujar Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, dia tidak pernah menghalang kerjaya atau cita-cita bekas isterinya, malah akan terus memberikan sokongan penuh.

“Saya sentiasa menyokong sahaja apa yang dia nak buat.

“Dia jadi artis ke doktor ke apa sahaja,” katanya kepada HibGlam semasa program Hello Putrajaya di IOI Putrajaya, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, peserta Gegar Vaganza ke-12 (GV12) itu bersyukur kehidupannya selepas sah bercerai berjalan dengan lancar.

Dia juga memaklumkan akan memberi tumpuan kepada kerjaya dan anak-anak.

“Kehidupan selepas bercerai, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya pun fokus dengan kerjaya, perniagaan, keluarga dan anak-anak.

Jadi, saya hanya pandang ke hadapan dan buat yang terbaik untuk diri saya dan juga sesiapa saja yang berharap kepada sayalah,” katanya lagi.

Mengulas mengenai perubahan selepas perceraian, Nubhan berkata kehidupannya tidak banyak berbeza kerana rutinnya tetap berjalan seperti biasa.

“Perbezaannya tak ada banyak sangat saya rasa sebab terus dengan tugas-tugas biasa saya.

“Sekarang saya pun dah sibuk dengan Gegar Vaganza dan karier seni saya pun saya tak tahu nak jangka lagi. Cuma saya buat apa yang terbaik.

Sekiranya karier nyanyian saya kembali, saya harus fokus juga pada karier seni dan pada masa sama perniagaan saya akan diteruskan seperti biasa, insya-Allah,” jelasnya.

Pada 2 Disember lalu, Nubhan dan Dr. Afifah yang juga seorang doktor gigi sah bercerai talak kedua selepas 10 tahun berumah tangga.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok