KHALAYAK tidak akan pernah melupakan wajah comel Munni dalam filem Bajrangi Bhaijan yang telah memukau setiap penonton seluruh dunia. Bukan hanya emosi alami dalam diri, keserasiannya sebagai kanak-kanak bisu di samping Salman Khan juga sangat menyentuh emosi.
Selepas 10 tahun, Munni atau Shahida sudah pun berusia 17 tahun. Lama hilang, pemilik nama sebenar Harshaali Malhotra itu bakal muncul dengan filem baharu berjudul Akhanda 2.
Akhanda 2 merupakan filem Telugu yang diterbitkan di India Selatan. Dalam filem arahan Boyapati Sreenu tersebut, Harshaali melakonkan watak bernama Janani.
Munni bukan sahaja satu karakter tetapi perasaan, memori dan degup jantung. Perkenalkan Janani. Kisah baharu, emosi baharu, bab baharu saya.
“Dia berbicara melalui hati dan saya curahkan sepenuh jiwa dan raga saya dalam setiap babak,” tulisnya dalam Instagram.
Harshaali yang kian meningkat remaja, diramal ramai pemerhati sebagai wajah heroin terkenal Bollywood nanti. – HIBGLAM
