Jeremy Renner nafi dakwaan cabul sutradara

DUNIA Hollywood ketika ini panas dengan kontroversi memalukan apabila pengarah dari China, Yi Zhou mendakwa dicabul pelakon Jeremy Renner. Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan bintang berusia 54 tahun itu.

Renner juga mendesak Yi Zhou berhenti menyebarkan fitnah di laman sosial sehingga menjejaskan kredibiliti serta nama baiknya.

Terdahulu, wanita terbabit mendakwa bintang filem Avengers itu mengirimkan foto tidak senonoh menerusi WhatsApp pada Jun lalu.

Sutradara itu menegaskan sudah menegur perbuatan tersebut tetapi Renner yang tidak berpuas hati didakwa mengancam mahu melaporkannya kepada pihak imigresen.

Susulan dakwaan dibuat, pasukan peguam Renner sudah mengirimkan surat peringatan yang turut menyebut wanita itu sebenarnya secara agresif mengejar hubungan romantis dan seksual bersama aktor terbabit.

Peguam menyebut Renner dan Yi Zhou hanya pernah bertemu dua kali di sebuah hotel di Nevada pada Julai 2025 untuk sebuah projek dokumentari. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok