17
SELEPAS Biduanita Negara, Datuk Siti Nurhaliza, kini giliran Aina Abdul pula berduet dengan Noh Salleh.
Kemunculan Aina pada konsert Chanson de Kuala Lumpur: Noh Salleh & the Malaysian Philharmonic Orchestra pada Sabtu lalu berjaya memukau ramai menerusi lagu Sang Penikam.
Ramai menyifatkan emosi dua penyanyi tersebut ‘sampai’ ke jiwa penonton selain memuji nyanyian Aina yang dikatakan berbeza daripada persembahan lain.
Pujian turut dikalungkan netizen buat Noh apabila menyifatkan konsert tersebut antara yang terbaik pernah dilakukannya.
Bila dengar, rasa jiwa kena tikam bertubi-tubi.
“Tahniah Noh berjaya mengeluarkan sisi dan nyanyian berbeza Aina. Sangat ‘mahal’ persembahan kalian,” puji netizen. – HIBGLAM
