‘Setahun bercinta, kenal sejak darjah satu’ – Tiq Zaqyah kahwin tahun depan

PELAKON Tiz Zaqyah berkongsi khabar gembira bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hati pada tahun depan.

Menurut Tiz atau nama sebenarnya, Zaqyah Abdul Razak, 37, pihaknya belum menetapkan sebarang tarikh namun perkahwinan itu dijangka akan berlangsung pada tahun depan.

Akhirnya Allah susun cantik tentang jodoh, doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Tiz turut mendedahkan kekasihnya merupakan kenalan keluarga yang dikenalinya sejak kecil dan tinggal satu kawasam perumahan.

Kami kenal dari darjah satu dan bercinta hampir setahun. Allah bagi paling cantik, tidak risau untuk berkenalan dengan keluarga kerana memang kedua-dua keluarga sudah kenal lama.

“Nanti hendak balik raya senanglah sebab setaman, tidak perlu bergaduh,” ujarnya sambil ketawa.

Tambah Tiz lagi, hatinya terbuka untuk menerima cinta lelaki yang juga adik kepada seorang pelakon itu kerana keserasian antara mereka.

“Jodoh itu rahsia Allah, sebelum ini kami hanya berkawan biasa, apabila jumpa kembali baru sedar yang kami memiliki banyak persamaan dan cukup serasi.

Dia bukanlah orang industri, tetapi abangnya seorang pelakon dan hero dalam drama yang saya bintangi ini.

“Ini sahaja yang mampu saya kongsikan, kerana bimbang penyakit ain. Jangan risau, jika sudah ada tarikh pasti saya akan umumkan kerana saya tahu ramai yang sudah lama menunggu untuk melihat saya berkahwin,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Tiz bakal muncul dalam drama terbaharu berjudul Impiana Karma yang akan mula bersiaran pada 19 November ini di Astro Ria dan juga On Demand di Astro GO serta Sooka.

Karya arahan Ayra Rahman itu turut dibintangi oleh Che Puan Juliana Evans, Ezzanie Jasny, Adriana Adnan, Yuna Rahim, Sharifah Haneesya, Nas-T, Aniq Suhair dan Lorenzo Irmann.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok