‘Tak rasa ciapan itu ditujukan kepada saya’

“HUBUNGAN saya dengan dia (Nedim) okey, jadi saya tak nak komen panjang.”

Demikian kata pelakon Nora Danish menjawab persoalan kononnya dia adalah wanita yang dimaksudkan bekas suami, Nedim Nazri menerusi untaian status berbaur perlian di platform Threads.

Nora yang kini muncul dengan telefilem terbaharu berjudul Saling Tak Terlihat berkata, dia sangat menghormati Nedim walaupun kini sudah tidak lagi bersama sebagai suami isteri.

Saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini ditambah pula saya sudah tidak lagi bersama dengannya.

Saya hormati hak dan privasi dia dan saya memang tak nak komen apa-apa sebab (apa yang dikongsinya), tak ada kena-mengena dengan saya,” katanya kepada HibGlam.

Ujar Nora lagi, dia juga tidak tahu akan kewujudan status daripada Nedim atau Boss Ned di media sosial yang dikatakan ditujukan kepadanya.

“Saya tak juga tak baca sangat ciapan yang dibuat sebab saya sedang sibuk uruskan restoran saya.

Saya tak ‘aware’ (perasan) dan tak rasa ciapan itu ditujukan kepada saya sebab saya mempunyai hubungan yang baik dengan dia.

“Saya mengharapkan hubungan yang baik-baik dengan semua pihak. Seperti yang saya tekankan dari awal lagi, saya memang menitik beratkan hubungan baik untuk membesarkan anak saya dengan sihat,” ujarnya.

Terdahulu, Boss Ned mencetuskan persoalan netizen di gelanggang media sosial apabila memuat naik perkongsian berbaur ketidakpuasan hati terhadap individu yang didakwa mengenepikan anak.

“Jangan main (tentang) dengan anak saya, kalau mainkan dia, saya bantai sampai kurus.

Saya tak akan ‘bantai’ kalau saya rasa anak tak diketepikan. Kalau nak cuba marilah hantar ke sini, kita lawan. Anak saya adalah segala-segalanya,” katanya menerusi Threads.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mengagumi mana-mana individu secara melampau selain memberi amaran agar tidak ‘mengusik’ hal berkaitan keluarganya.

Ingat, jangan ‘up’ melampau manusia tetapi itu yang kalian akan kena kalau cari fasal dengan anak saya.

“Sasaran saya terhadap seseorang tidak pernah tersasar dan mereka tahu mengenainya,” katanya lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok