PENDEKATAN sesetengah selebriti menyimpan kemas identiti kekasih merupakan perkara biasa, tapi yang luar biasa kalau tindakan itu dibuat menutup rahsia tertentu.
Bukan apa, Diva nak kongsi satu tentang seorang selebriti yang didakwa bakal menamatkan zaman solo tahun depan tetapi pada masa sama sedang ‘pasang’ ramai kekasih.
Perkara itu ceritakan seorang wanita yang mengakui sudah bercinta sejak dua tahun lalu, cuma tidak diuar-uarkan atas permintaan artis lelaki terbabit.
Tak tahu dia sekadar diberi secebis harapan atau sekuntum bunga emas dalam jambangan si dia yang sebenarnya serius nak dijadikan suri hati.
Entahlah, harap artis yang masuk kategori ‘sweet talker’ itu jangan permainkan perasaan orang. Tak baik kalau setakat bagi harapan palsu.
DIVA: Ada artis dah nikah tapi belum sedia dedahkan status. Yang tidak-tidak saja!
