‘Suami saya nampak makhluk bertenggek di bahu Amad’

NAMA Amad kembali hangat diperkatakan apabila seorang netizen mendakwa suaminya nampak ada makhluk bertenggek di bahu remaja itu ketika menjayakan persembahan konsert Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) Ahad lalu.

Komen itu ditinggalkan netizen tersebut dalam hantaran yang dimuat naik ibu Amad iaitu Siti Sairah menerusi Instagram.

“Suami saya hijab terbuka. Dia nampak masa Amad menyanyi ada makhluk bertenggek di bahu Amad dan ada yang berpaut pada kaki.

“Suara Amad tak serak dan tekak tak rosak. Tapi ada makhluk yang halang suara daripada keluar.

“Semoga orang yang hantar santau ini mendapat balasan. Kuatkan semangat Amad,” komen netizen yang menggunakan nama Nazurah Agus.

Komen tersebut telah dipinkan Sairah dan mendapat perhatian ramai pengikutnya yang lain.

Ramai netizen mengakui berasa seram membaca komen Nazurah dan mendoakan agar Amad dijauhi kejadian tidak diingini.

Terdahulu, Amad yang merupakan finalis TTMM tiba-tiba mengerang kesakitan di bahagian bahu sebelum membuat persembahan pada konsert Grand Finale pertandingan realiti itu.

Dia kemudian dibawa keluar pengurus pentas sebelum kembali semula untuk membuat persembahan.

Walaubagaimanapun dia tidak dapat membuat persembahan dengan baik kerana masih bergelut dengan kesakitan dan ada masalah suara sebelum pengsan selepas selesai menyanyi.

Di penghujung rancangan, Amad yang disebut-sebut sebagai bakal juara sekadar meraih tempat keenam manakala pasangan Liza Hanim dan Marsya Qistina dinobatkan sebagai juara. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok