Lionel Richie dedah badan Michael Jackson berbau

PERSAHABATAN akrab selama bertahun-tahun dengan penghibur mendiang Michael Jackson membuatkan penyanyi Lionel Richie menjadi antara individu kepercayaan Raja Pop itu.

Lebih 16 tahun pemergian Jackson, Richie berkongsi rahsia disimpan rapi penghibur tersohor dunia itu dalam buku, Truly.

Penyanyi lagu Hello itu mendedahkan lelaki idola ramai tersebut pernah mendapat julukan ‘Smelly’ disebabkan badannya berbau akibat tidak menjaga kebersihan diri.

“Dia kerap diusik dengan nama panggilan itu kerana selalu bersikap keanak-anakkan, enggan mandi malah memakai pakaian sama selama dua hari atau lebih.

“Namun, dia tidak marah mahupun tersinggung diejek busuk. Michael hanya ketawa terbahak-bahak,” tulis Ritchie dalam buku berkenaan.

Akui penyanyi berusia 76 tahun itu, kehidupan rakannya yang sentiasa sibuk konsert jelajah menjadikan isu jarang bertukar persalinan sebagai kebiasaan.

“Dia sentiasa menggayakan persalinan sentuhan pereka terkenal, tetapi apabila di studio dia selesa memakai pijama serta sandal, bahkan di rumah pun pakaian longgar jadi pilihan supaya senang menari,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok