29
BARU-baru ini Amyza Aznan dihujani dengan ucapan tahniah apabila didakwa sudah berhijab selepas muncul dengan imej sebegitu dalam sebuah video yang dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.
Meski dibanjiri dengan doa, ramai yang memuji kecantikan pelakon berusia 51 tahun itu selepas mendapat sentuhan magis Alha Alfa.
Menurut netizen, mereka pada awalnya tidak menyangka wanita cantik dalam video tersebut adalah Amyza.
Namun, dalam masa sama ramai mendoakan agar dia tampil berhijab selepas ini.
“Cantiknya solekan, automatik nampak muda 20 tahun.
“Serius tak kenal tadi, rupa-rupanya Amyza. Lawa sangat,” puji netizen. – HIBGLAM