SUSULAN puterinya, Dahlia dikecam gara-gara tidak lagi bertudung, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui sering berdoa yang terbaik buat anaknya agar sentiasa berada di jalan Allah.
Menurut Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, dia hanya mampu menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Hidayah itu milik Allah SWT.
Sebagai ibu, saya sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik dan tidak pernah putus berdoa memohon segala kebaikan untuk anak-anak.
“Allah saja yang tahu apa kami lalui. Buat masa ini saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar mereka diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke pangkal jalan. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran Instagram.
Sebelum ini, Dahlia hadir ke Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) dengan penampilan baharu tanpa hijab.
Dia menjelaskan tindakan tersebut dilakukan bagi memulakan perjalanan baharu dan memahami agama dengan lebih mendalam.
Kata Dahlia, Keputusan menanggalkan tudung selepas 15 tahun berhijab turut disokong penuh keluarganya termasuk ibu dan abangnya.
Untuk rekod, Dahlia merupakan anak perempuan kepada Nora dan komposer Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Ma 2017 akibat serangan jantung. – HIBGLAM