‘14 tahun kenal dia, keluarga restu kalau ada jodoh’

MESKIPUN pernah mengakui menutup pintu hati untuk kemabali menjalin cinta, pelakon Sophia Albarakbah tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan sahabat baiknya sejak zaman universiti.

Jelas aktres berusia 32 tahun itu, kawan baiknya yang enggan dikenali itu sememangnya sangat rapat dengan keluarga sejak lebih sedekad lalu.

“Itu kawan lama saya, 14 tahun kenal dari zaman universiti. Memang dia rapat dengan keluarga saya.

Dia sentiasa ada dengan saya, tak pernah tinggal. Buat masa sekarang, saya tak nak letak ‘label’, kami memang kawan.

“Ya (kawan paling rapat). Kalau ada jodoh, okeylah. Keluarga sentiasa restu dari dulu,” katanya kepada HibGlam pada Malam Gala filem Tembuni Berdarah, semalam.

Difahamkan, rakan rapat Sophia turut hadir ke acara berkenaan dan duduk sebaris dengan keluarganya.

Bagaimanapun, pelakon filem Ada Hantu itu enggan menumpukan perhatian terhadap soal jodoh sebaliknya mahu fokus terhadap kerjaya seni.

“Sekarang nak fokus hasilkan kerjaya orang suka tengok. Saya mahu orang pandang bakat saya berbanding kisah peribadi.

Fasal kahwin, saya memang tak fikir lagi, kalau ada saya ‘go with the flow’ (ikut keadaan),” ujarnya.

Pada masa sama, Sophia turut memaklumkan kawan baiknya termasuk keluarga memberikan sokongan padu terhadap kariernya.

Dia daripada dulu sokong saya, mungkin orang baru perasan hari ini. Keluarga dan kawan-kawan saya memang menyokong filem saya,” tuturnya.

Sebelum ini, Sophia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor yang dikenali sebagai Mr. Doktor pada Mac 2023

Namun, hubungan tersebut terlerai pada penghujung 2023 selepas dia beberapa kali berkongsi hantaran sedih dalam media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok