Jahatnya Nadhir Nasar, ramai meluat!

SELALUNYA pelakon wanita yang dibenci penonton tetapi kali ini berbeza apabila Nadhir Nasar pula menjadi sasaran netizen.

Semuanya gara-gara wataknya sebagai Hayden Hayyan menerusi drama Rumah Tanpa Luka yang hangat ditayangkan di Astro sejak 1 September lalu.

Berdasarkan komen netizen, Nadhir dibenci kerana wataknya sebagai lelaki ‘red flag’ yang menceraikan isterinya, Kalsum (Erysha Emyra) dan enggan menjaga kanak-kanak ‘down syndrome’ iaitu Rose.

Tak seronoknya tengok Nadhir jadi jahat tapi dia berjaya buat kami benci watak Hayyan.

“Menjadi betul Nadhir jadi lelaki ‘red flag’! Geram bila dia halau Kalsum,” komen netizen.

Begitupun, ada juga yang masih menyebelahi Hayyan apabila berusaha mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Kalsum serta belajar menyayangi Rose. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok