Tahun 2025 meriah ‘wedding of the year’?

ESOK seluruh Malaysia akan menyaksikan penyatuan dua hati, pasangan popular Fattah Amin dan Amira Othman.

Akhirnya doa peminat untuk melihat Fattah dan Amira bergelar suami isteri termakbul.

Di sebalik kisah hari bahagia Fattah dan Amira, ramai juga peminat mula memetik beberapa nama pasangan selebriti lain seperti Syed Saddiq dan Bella Astilah (BASS), Erra Fazira dan Ezwan Zain serta Nora Danish dengan Mickey Ayo.

Dengarnya tiga pasangan tersebut mungkin akan ikut jejak Fattah dan Amira untuk menamatkan zaman bujang masing-masing tahun ini.

Kalau betul tebakan itu, tahun ini memang luar biasa sebab akan dibanjiri dengan hari bahagia artis ternama berbanding 2024 yang padat dengan kisah perceraian para selebriti. Diva pula yang teruja tunggu berita baik itu kelak.

Harap jadi kenyataanlah ya, lebih-lebih lagi pasangan BASS yang sudah ‘terbang’ bersama sampai ke Paris! Tak sabar tunggu lamaran bersaksikan Menara Eiffel! Janganlah buat peminat hampa tau.

DIVA: Rasanya juara Talk To My Manager akan berpihak kepada Thalita atau Amad.

ERRA Fazira juga dijangka akan menamatkan zaman solo tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok