‘Baiknya kawan usrah, mahu saya jadi isteri syurga’

MENGHITUNG hari, penyanyi Amira Othman yang bakal menamatkan zaman bujang pada Ahad ini sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis berkonsepkan ‘bachelorette’ usrah anjuran rakan-rakan kelas agamanya baru-baru ini.

Menurut Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, majlis tersebut merupakan cetusan idea pempengaruh dan adik aktres, Umie Aida iaitu Betty Rahmad.

“‘Bachelorette’ usrah oleh kawan-kawan usrah saya.

Masya-Allah baiknya kawan-kawan saya ini. ‘Mastermind’ Betty, terima kasih selalu ada dan selalu ajak Mira pergi kelas.

“Usrah ni tentang pesanan menjadi isteri syurga.

Betul-betul Betty suruh saya menuntut ilmu sebelum jadi isteri,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, dia berterima kasih atas segala ilmu yang sudah dikutip dari kelas agama dan penganjuran majlis tersebut.

“Terima kasih ustazah di atas perkongsian ilmu.

Terima kasih kawan-kawan syurga saya. Semoga kita berkawan sampai syurga,” ujarnya.

Antara selebriti yang turut meraikan pada majlis itu ialah Hawa Rizwana, Amyra Rosli, Wany Hasrita, Nabila Razali, Nora Danish dan Bella Astillah.

Kelmarin, pelakon Fattah Amin membuat kejutan lamaran ketika Amira dan adiknya, Irfan Haris menyanyikan lagu duet terbaru berjudul Rasa & Takdir pada majlis pelancaran single tersebut di sebuah hotel.

Sekali gus, teka-teki mengenai hubungan istimewa mereka yang diperkatakan sejak Januari lalu iaitu ketika fasa awal mendakwa hanya rakan sekerja terjawab.

Spekulasi hari jadi Fattah iaitu 14 September sebagai tarikh pernikahan yang sebelum ini dinafikan akhirnya disahkannya sendiri pada pengumuman berkenaan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa kedua-dua personaliti popular itu bak disatukan dalam tempoh terdekat namun ditangkis Fattah mahupun Amira.

Terdahulu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 namun mereka selepas tujuh tahun.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok