23
RUMAH tangga hampir roboh, namun seorang aktor dan penyanyi dikatakan ligat berhibur di kelab malam bersama rakan wanita.
Video aktor tersebut di kelab malam telah tersebar dan memaparkan aksinya yang asyik menari sakan.
Apa yang menjadi persoalan ramai, aktor tersebut sebelum ini pernah dikatakan terlibat dengan tabligh.
Namun apa yang dipaparkan dalam video tersebut sama sekali bertentangan dengan perilaku individu yang menyertai tabligh.
Si isteri pula dilihat terus berjuang naik turun mahkamah menuntut agar dilepaskan cara baik. Manakala suami pula naik turun kelab malam.
Jika begitulah sikap si suami, ramai berpendapat layaklah isterinya menuntut cerai. Mana tidaknya, khabarnya nafkah untuk anak-anaknya juga culas. – HIBGLAM