Patutlah cantik, RM140,000 untuk kulit sahaja

DEMI memastikan kesihatan kulit, usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila mengakui membelanjakan lebih RM140,000 setahun bagi produk penjagaan diri.

Memang terlopong mulut Diva dibuatnya tetapi bagi mereka yang mampu dan mengutamakan kesejahteraan diri memang bukan sesuatu yang membebankan.

Kakak kepada usahawan selebriti Neelofa itu pun bukan goyang kaki, sebaliknya bekerja keras bagi menikmati kehidupan sebegini.

Bahkan, menurut ibu kepada seorang anak itu, penjagaan kulit merupakan pelaburan yang berbaloi.

Antara rawatan kecantikan yang diamalkan Nabila adalah ulterapi, penyuntik kulit (skin boosters), dan laser. Patutlah segar dan bersih kulitnya pada usia mencecah 40 tahun.

DIVA: Kulit Neelofa dan adiknya, Ameera pun macam telur dikupas. Mulus!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok