HANYA dengan alasan pertembungan jadual, pelakon Tom Cruise dikatakan menolak penghargaan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai penerima Kennedy Center Honors.
Perkara tersebut mengundang tanda tanya bahkan wakil pengurusan bintang Mission: Impossible itu enggan memberikan maklum balas lanjut.
Rata-rata meragui alasan yang diberikannya hingga ada dalam kalangan netizen beranggapan Cruise antara selebriti yang menolak kepimpinan Trump sama seperti beberapa kelompok selebriti Hollywood lain.
Bahkan, wakil pengurusannya juga lebih selesa tidak lagi memberikan maklum balas lanjut ketika dihubungi pihak media.
Difahamkan antara senarai penerima Kennedy Center Honors 2025 yang lain termasuklah, kumpulan KISS dan aktor legenda, Sylvester Stallone.
Majlis pengiktirafan itu dijadualkan disiarkan secara langsung menerusi saluran CBS pada 7 Disember depan. – HIBGLAM