MERAYU agar golongan masyarakat, termasuklah netizen agar menghentikan skeptikal dan menjadikan tubuh kurus seseorang sebagai bahan jenaka ‘skinny shamming’, penyanyi Andi Bernadee berharap tiada pihak mempersoalkan pilihannya untuk mendapatkan berat diingini.
Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 33, berkata perubahan fizikal dalam tempoh setahun dari 62 kilogram (kg) ke-46 adalah dengan mencatu pengambilan makanan secara konsisten.
“Aku nak tutup buku gemuk-kurus mulai hari ini. Ini aturan aku. Makanan harian (portion kanak-kanak). Makan malam kadang-kadang tak ambil, ganti buah sepert jambu batu, nanas, epal, mangga muda dan anggur.
“Tapi kalau kerja dari pergi hingga malam, aku akan makan lima kali, bahagian orang dewasa. Tak boleh diet, aku nak tenaga untuk ‘shooting’ 15 ke 16 jam sehari.
“Benda (hasil) ini bukan sebulan terus jadi, aku ambil masa sembilan bulan untuk fokus aturan ini tapi konsisten adalah kuncinya,” katanya dalam perkongsian Instagram.
Andi juga pelakon mengakui tidak menggunakan khidmat pakar diet sebelum mengikuti aturan pemakanan yang dikongsikan mahupun mengambil pelan diet individu lain.
“Benda ini aku buat bila dekat rumah, terutama ketika tiada kerja penggambaran.
Aku tiada pakar diet. Aku tak cari di Google atau ikut rutin orang lain dan aku juga tak tengok perjalanan orang lain.
“Aku catu makanan aku sendiri sebab masalah utama aku adalah lima makanan sehari. Henti ‘skinny shamming’ (malukan badan kurus) My body, my choice’ (tubuh saya, pilihan saya),” ujarnya.
Pada masa sama, penyanyi yang tampil dengan lagu baharu, Siapakah Namamu itu memaklumkan kerap bermain sukan pickleball sebagai antara usahanya kurus dengan sihat.
Terdahulu, ramai terkejut dengan penampilan terbaru Andi yang kehilangan lebih 14 kilogram sehingga ada pihak mengaitkan perkara itu dengan unsur mistik. – HIBGLAM