‘Saya masih single, bukan isteri keempat’

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha menafikan dirinya sudah mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri keempat kepada golongan kenamaan seperti didakwa dalam sebuah ruangan pojok baru-baru ini.

Hanya mampu tergelak, Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata sudah lali dan gosip sebegitu tidak lagi menjadi beban buat dirinya.

“Saya terkejut sebab wartawan tanya, benda ini kelakar dan hanya mampu gelak.

“Orang sebelum ini pernah cakap saya dibela, ada ‘sugar daddy’ dan kali ini jadi isteri keempat. Jadi, kali ini memang dalam kategori yang sama juga.

“Saya masih single dan bukan isteri yang keempat. Kalau dah kahwin, saya akan pastikan saya ini isteri pertama sebab itu syarat wajib,” katanya kepada HibGlam hari ini.

Tambah Daiyan, dia sedar dakwaan tersebut timbul disebabkan gaya hidupnya yang mewah termasuk memiliki rumah banglo.

“Semua ini timbul sebab rumah saya dan dakwaan banyak duit seperti ada entiti lain yang menjaga saya.

“Kalau sudah kahwin, confirm orang akan tahu. Insya-Allah, saya akan beritahu semua orang.

“Semua ini timbul mungkin sebab saya belum kahwin lagi tapi semua yang saya miliki adalah hasil kerja keras,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia memberitahu khabar angin tersebut tercetus disebabkan perbualan orang sekeliling.

“Saya rasa mungkin sebab orang cakap-cakap sampai macam jadi, yang sebenarnya sangat bahaya dan jadi fitnah.

“Sebenarnya banyak lagi benda-benda pelik yang saya dengar.

“Saya tak mahu cakap diri sendiri sebagai membosanlan tetapi saya memang artis yang tiada kontroversi sangat pun,” jelasnya lagi.

Terdahulu, nama Daiyan mula menjadi sebutan ramai sejak beberapa hari lalu apabila tular artikel mendakwa seorang selebriti wanita sudah bernikah dengan golongan kenamaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok