Zarina Anjoulie buat apa dengan Hot Daddy?

PELAKON sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi memancing perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video bersama  pelakon lucah yang dikenali sebagai Hot Daddy.

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju itu rancak berbual bersama beberapa wanita di dapur.

Turut kelihatan dalam video tersebut kelibat Hot Daddy yang sebelum ini pernah menjadi buruan polis kerana didakwa terlibat dengan aktiviti persundalan dan menjual rakaman video lucah.

Hari ini kita masak-masak. Mereka masak sedap-sedap. Saya kena belajar dengan mereka macam mana nak masak. Saya hanya pandai buat salad sahaja,” katanya sambil memperkenalkan setiap kenalan wanita dalam video tersebut.

Tidak dapat dipastikan motif sebenar Anju berada bersama dengan beberapa wanita tersebut dan Hot Daddy. Namun sebelum ini ada dakwaan mengatakan Hot Daddy menetap di luar negara bersama teman-teman wanitanya.

Untuk rekod, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah didakwa pada 2024 atas tuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X selain menjual rakaman video lucah.

Namun pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan Hasli Ikhwan bersama dua rakan wanitanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok