VOKALIS kumpulan Hujan, Noh Salleh membuat kejutan apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Lebih manis, Noh dalam satu majlis yang difahamkan berlangsung semalam turut mengumumkan jantina bayinya hasil perkongsian hidup dengan isteri, Fatin Athirah Mustapa iaitu perempuan.
Perkara tersebut diumumkan dengan percikan berwarna merah jambu pada majlis tersebut sekali gus memberi bayangan jelas tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Noh, dia berasa lega apabila akhirnya berpeluang mendedahkan jantina anak sulungnya kepada keluarga dan rakan terdekat semalam.
“Lama juga simpan. Insya-Allah semua berjalan lancar dibawah restu dan lindungan Allah SWT, serta orang tua kami sampai hari melahirkan.
Pendedahan jantina ini tunggu ketika lahir pun okey, tak perlu gimik tetapi kami kami rindukan kemeriahan kasih sayang kalian.
“Biar bayi dalam perut ada mukadimah dan dengar betapa ‘riotnya’ kita di luar ini. Tak sabar nak kenalkan dia kepada insan-insan penyayang yang mengelilingi orang tuanya,” ujarnya.
Noh mahupun Athirah bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungan tersebut.
Dalam ruangan komen, rata-rata mendoakan agar proses bersalin nanti dipermudahkan.
“Alhamdulillah Noh dan isteri. Tahniah bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi!
Tumpang gembira, inilah rahsia Tuhan buat kalian berdua,” komen netizen.
Noh dan Athirah mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.
Pada 22 September tahun lalu, Noh pernah berkongsi khabar duka apabila anak pertama yang dikandung isteri meninggal dunia sekitar Februari tahun sama.
Sebelum ini Noh pernah berkahwin dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun bercerai Ogos tahun lalu.
Mereka mempunyai seorang anak angkat yang diberikan nama Musa. – HIBGLAM