Faizal Hussein pemurah, bantu pancaragam sekolah

DIKENALI sebagai aktor yang berkredibiliti tinggi, Faizal Hussein juga sebenarnya seorang lelaki budiman dan dermawan.

Soal budiman itu memang sejak dahulu lagi, setakat lebih 20 tahun dalam dunia hiburan ini, Diva tak pernah dengar komplen tentang perangai bintang Bunohan itu. Tak kisahlah dengan media ataupun pelakon baharu, dia tetap membumi dan hormat orang.

Mengenai sikap pemurah pula, bukan sekali dua diva dengar aktor berusia 58 tahun itu membantu orang mahupun memberi sumbangan secara senyap.

Terbaharu pelakon Bidaah itu dikatakan menghulurkan bantuan untuk membeli peralatan muzik bagi pasukan pancaragam sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Menariknya, pancaragam itu disertai anaknya dan bakal masuk pertandingan di Jakarta, Indonesia, minggu depan.
Semoga sukses! Diva dengar Faizal jenis tidak berkira kalau soal membantu orang bukan sebab anak sahaja tau.

Diva: Baru tahu ada artis yang mengaku ‘home school’ rupa-rupanya tak sekolah pun.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok