Fazura tahu maklumat, lihat wajah pemfitnah

SUSULAN kehadiran ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pelakon Fazura memaklumkan sudah berjaya mengesan beberapa individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap dirinya.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata perkara itu berjaya dikesan dengan bantuan pihak MCMC.

“Banyak nama yang saya dapat daripada pelbagai platform. Mereka ada maklumat semua di sebalik nama ini.  Saya tak tahu bagaimana MCMC buat tetapi saya dapat lihat wajah orangnnya,” katanya menerusi sebuah siaran langsung.

Pelakon filem Pisau Cukur itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap individu terlibat.

“Saya serahkan kepada SKMM untuk jalankan siasatan,” jelasnya.

Sebelum ini, Fazura hadir ke pejabat MCMC dipercayai berkaitan isu penyebaran fitnah melibatkan dirinya dalam media sosial.

Dia juga memuat naik foto beberapa salinan bukti-bukti komen netizen yang berkaitan kisah hidupnya selepas bercerai dengan pelakon, Fattah Amin. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok