PENGURUS kepada aktor popular, Fattah Amin yang dikenali sebagai Sakirin Aca dikecam netizen gara-gara dikatakan lebih sudu daripada kuah.
Menerusi hantaran Aca dalam akaun Instagram, dia memberi cadangan agar Fattah membawa Fatima ke ‘showcase’ Amira Othman kerana tidak dapat hadir ke konsert anaknya tempoh hari.
Okey ada idea. Disebabkan konsert anak Fattah tak dapat hadir tu, saya nak cadangkan kat Fattah ‘showcase’ Amira Othman bersama Fatima.
“Kalian nak datang tak? Ajak lah musang, kucing, beruk, cipan semua tu. Nak kena sediakan kerusi lain ni. Mungkin dalam sangkar,” tulisnya.

Tangkap layar status pengurus Fattah yang membuatkan ramai netizen berang. – INSTAGRAM.
Disebabkan kenyataan tersebut, dia digelar sebagai pengurus yang tidak profesional oleh netizen.
“Kenapa dengan pengurus awak ni Fattah Amin? Kalau netizen biasalah kepoh. Sepatutnya pengurus awak membimbing awak yang elok-elok.
“Sewaktu wartawan Iman Tang (pengurus Fazura) dulu pun dia tak ada petik nama awak dan anak awak,” komen netizen yang kesal dengan tindakan pengurus Fattah.
Seriuslah ini pengurus Fattah Amin? Kenapa ayat dia macam ni? Ya Allah, memalukan,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu tular dalam media sosial apabila Fattah tidak dapat hadir ke konsert anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, gara-gara berada di luar negara kerana terlibat dengan penggambaran drama.
Bagaimanapun, dia telah membuat hantaran khas ucapan buat Fatima dalam Instagram Story sehari selepas konsert berlangsung. – HIBGLAM