‘Itu pilihan Marissa, saya tak berminat ulas lagi’

MESKI dilabel lantang bersuara, usahawan dan penyanyi Abby Abadi kini mengambil pendekatan untuk tidak lagi membahaskan perihal rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania yang tidak sentiasa menjadi topik perbualan netizen dalam media sosial.

Menurut Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, dia berlapang dada dengan keputusan Marissa dan mahu anaknya itu menjalani kehidupan berumah tangga dengan pasangan pilihannya sendiri, Ahmad Aslam.

“Kalau tentang anak sebenarnya saya tidak berminat untuk membesarkan lagi isu tersebut.

Itu pilihan Marissa, biar dia lalui sendiri. Sampai satu tahap kalau perkara itu baik untuk dia, pasti akan berpanjangan (jodoh).

“Kalau sebaliknya, kita tengok sahaja apa yang jadi. Itu saja yang saya boleh katakan,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada sidang media Konsert Elite Live ’25, semalam.

Ditanya mengenai impak kelantangannya dalam media sosial mengenai isu Marissa, Abby berkata perkara tersebut tidak membawa sebarang perubahan dan semuanya masih sama seperti sedia kala.

Sekali itu sahaja lantang. Tak dapat apa dan tiada beza, habis di situ sahaja,” ujarnya.

Ujar Abby, hubungannya keluarga khususnya dengan Marissa berada dalam keadaan baik buat kerika ini selain meminta orang ramai terus mendoakan yang terbaik buatnya sekeluarga.

Saya baik sahaja dengan dia, anak saya tetap anak saya.

“Hubungan kami okey sahaja dan tidak mahu isu keluarga menjadi lebih buruk. Biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang.

Saya biarkan sahaja anak dengan pilihannya jika itu yang terbaik. Insya-Allah mohon doakan agar satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik,” katanya lagi.

Pada April lalu, Abby mencuri perhatian ramai apabila lantang bersuara dalam media sosialnya berkaitan hal keluarga termasuk menyangkal kenyataan Aslam yang mendakwa sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sebelum ini.

Luahan tersebut tercetus apabila Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.

Tidak menunggu lama, Marissa membuat kejutan bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang berantakan hampir dua minggu.

Terdahulu, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Pernikahan tersebut menjadi bualan netizen kerana bernikah tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak termasuk isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok