Comel! Afwa nak rambut Ejen Ali

UMUM tahu, filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang kini rancak ditayangkan di pawagam menjadi kegilaan kanak-kanak hari ini.

Bukan sahaja ramai berebut untuk mendapatkan spek mata Iris, tetapi juga potongan rambut Ejen Ali!

Itu yang diminta anak bongsu Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa baru-baru ini.

“Nak stail Ejen Ali okey.

“Hi, sayalah Ejen Afwa,” kata Siti dalam InstaStory dengan memuat naik foto Afwa bersama potongan rambut baharunya.

Dalam perkongsian sama, Afwa juga dilihat memegang buku Ejen Ali yang sangat diminatinya ketika ini.

Sebelum ini, Siti juga pernah membawa Afwa dan Aafiyah ke pawagam bagi menonton filem EATM2.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok