Amboi! FattMira makin romantis

SELAIN kisah cinta Bella Astillah dengan Syed Saddiq menjadi ‘vitamin’ netizen, Fattah Amin dan Amira Othman juga tidak terlepas.

Hampir setiap hari ada sahaja peminat fanatik memuat naik konten romantis mereka dalam media sosial.

Tapi itu kata peminat, Diva perasan Fattah dan Amira juga masing-masing tak mahu kalah. Iyalah, baru-baru ini mereka kerap memuat naik hantaran dalam media sosial masing-masing.

Kalau Amira, kongsi gelagat Fattah. Fattah pula muat naik selfie dengan Amira.

Makin menjadi-jadi permainan mereka ya, sampaikan Diva dan netizen pun sudah tidak tahu nak bezakan sama ada untuk ‘marketing’ atau benar-benar bercinta.

Tapi anehnya, tiada pula yang merentan dengan lambakan konten romantis mereka. Majoriti memang merestui bahkan suka dengan percintaan rahsia mereka. Soalannya, memang bercinta ke?

Tapi kalau hasilnya ke jenjang pelamin, apa salahnya. Harap ada berita manis-manis dalam masa terdekat, sudah lama tak makan nasi minyak.

DIVA: Ramai puji filem Ejen Ali The Movie 2 sudah setaraf naskhah animasi antarabangsa. Bravo anak tempatan!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok