‘Menyampuk tak kena tempat’ – Mamat dikritik tidak jaga adab

 “USTAZ Syamsul Debat yang tegur, bukan calang-calang jemputan. Menyampuk tak kena tempat, kalau tak berubah lagi tidak tahulah Mamat.”

Demikian komen netizen yang kurang senang dengan tindakan pelawak Mamat Sepah menyampuk percakapan penceramah bebas, Syamsul Debat dalam sebuah sesi audio siar.

Menerusi wawancara yang dikendalikan Mamat dan penyampai radio, Fizie, Syamsul ketika itu sedang berkongsi kisah tentang kerjayanya.

Namun, Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, 40, dengan selamba memotong kata-kata pendakwah terbabit sambil tertawa sehingga ditegur lelaki itu.

Tak cerdiknya dia ini, geram betul. Daripada tadi aku menahannya,” kata Syamsul dalam nada bergurau namun kedengaran tegas.

Rata-rata netizen juga kurang senang dengan tindakan Mamat sekali gus menyifatkannya sebagai tidak beradab terutama ketika berdepan tetamu yang berilmu tinggi.

“Kalau jemput tetamu berilmiah, tunjuk perangai tak cerdik. Aku setuju kalau mereka kena hambur lagi teruk dari ini, memang tiada adab dan kurang ajar,” ujar netizen.

“Malunya dalam audio siar sendiri, tetamu yang dijemput itu pula yang tegur tuan rumah,” tutur pengikut.

“Masa tiada Mamat (dalam audio siar) layanlah juga. Bila ada dia memang tak tengok, orang belum habis cerita dia menyampuk dan masuk terus cerita dia,” ujar netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok