PENYANYI dan ikon fesyen, Rihanna tampil di acara Met Gala yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat hari ini dalam keadaan berbadan dua sekali gus mendedahkan kehamilan ketiganya.
Hadir dalam persalinan serba hitam rekaan Marc Jacobs, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty, 37, berjaya memukau pencinta fesyen seluruh dunia.
Kehadiran pelantun lagu Umbrella itu turut ditemani teman lelakinya iaitu penyanyi rap, A$ap Rocky yang merupakan pengerusi bersama untuk Met Gala tahun ini.
Rocky dilihat menyampaikan ucapan terima kasih kepada kumpulan media yang mengucapkan tahniah kepadanya dan Rihanna.
Kini tiba masanya untuk tunjukkan kepada semua apa yang kami sedang lalui. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Saya gembira apabila semua orang gembira untuk kami kerana kami memang sangat gembira ketika ini ,” katanya.
Ini bukan kali pertama Rihanna mengumumkan kehamilannya di acara besar. Sebelum ini dia pernah mendedahkan kehamilan anak keduanya sewaktu membuat persembahan di acara Super Bowl pada 2023.
Rihanna dan Rocky sebelum ini sudah memiliki dua anak lelaki iaitu RZA, 3, dan Riot, 2. – HIBGLAM