CERITA tentang Kasih Iris Leona mencari calon suami dan mendirikan rumah tangga bukan satu perkara baharu.
Sebelum ini berkali-kali juga Leona merengek nak cari calon suami tetapi yang ditemui hanyalah lelaki berperangai ‘sampah’.
Baru-baru ini, bapanya, Azhar Sulaiman meminta Leona perkenalkan kepada seluruh Malaysia tentang wajah calon suaminya dan bukan teman lelaki.
“Kepada Leona, kami rakyat Malaysia tak mahu lihat siapa teman lelaki awak.
Hanya tunjuk kepada kami bakal tunang yang akan awak kahwini. Tunjuk sekali sahaja,” katanya.
Kalau Azhar pun sudah bersuara, nampaknya Leona pasti akan semakin runsing mencari bakal suami.
Nasihat Diva, tak perlulah terlalu gelojoh atau rasa terdesak. Jalani dan berseronoklah zaman remaja.
Risau kalau terlalu gelojoh nak nikah, akhirnya dapat suami ‘red flag’, takut!
DIVA: Tak sabar nak melihat konsert KRU malam ini. Awas!