‘Saya tak available’ – Hael jawab spekulasi bakal berkahwin

PENYANYI dan komposer, Hael Husaini mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki malah dia juga tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 38, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spekulasi yang mendakwa dia bakal berkahwin dengan seorang selebriti popular tidak lama lagi.

kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja. Pasal jodoh kita serahkan pada yang lebih berkuasa, bagi saya bila sampai masanya saya akan terima dengan hati terbuka dan akan memberitahu anda semua.

“Buat masa sekarang memang saya tak ‘available’,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui di majlis rumah terbuka Rocket Fuel, semalam.

Pelantun lagu Haram itu juga tidak menolak kemungkinan sekiranya jodohnya rakan industri.

“Kalau ada jodoh, Insya-Allah sebab saya bukan lagi berumur 18 tahun dan sesiapa yang datang saya terima sahaja.

Apa pun doakan yang terbaik sekiranya saya akan melayari bahtera rumah tangga, saya serahkan fasal jodoh kepada Allah,” ujarnya.

Sebelum ini Hael pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan gandingan duetnya.

Namun baru-baru ini spekulasi mengenai dia bakal berkahwin mula hangat diperkatakan  penggiat industri seni. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok