Eh! Saya datang sendiri ya – Marissa Dania

PEMPENGARUH media sosial Marissa Dania Hakim menafikan dakwaan bapanya, Norman Hakim menjadi orang tengah yang membawanya bertemu ibunya, Abby Abadi bagi menyelesaikan kemelut antara mereka baru-baru ini.

Tegas Marissa, 19, dia hadir sendiri untuk bertemu dengan Abby, bukan dibawa bapanya seperti didakwa ramai.

“Eh eh saya datang sendiri ya,” balasnya dalam sebuah hantaran Thread.

Marissa berkata demikian apabila seorang individu membuat perkongsian berbaur tuduhan dengan mengatakan Marissa tidak akan bertemu Abby jika bukan disebabkan Norman.

Marisa itu, kalau bapanya tak bawa jumpa Abby, mana mahunya dia datang.

“Datang masa Abby buat siaran langsung? Nak tujuk pada seluruh Malaysia dia datang minta maaf,” dakwa individu berkenaan.

TANGKAP layar Marissa membidas dakwaan seorang netizen yang melemparkan tuduhan terhadapanya. – INSTAGRAM

Kelmarin, Norman dan Marissa membuat kejutan bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang berantakan sejak dua minggu lalu.

Isteri Norman yang juga pelakon, Memey Suhaiza turut memuat naik video keluar bersama Abby dan Marissa ke sebuah restoran pada hari sama.

Perkongsian tersebut sekali gus memberi bayangan hubungan mereka kembali pulih.

Sejak minggu lalu, Abby dalam media sosialnya lantang bersuara tentang isu nafkah tiga anaknya yang didakwa diabaikan Norman sejak bercerai.

Luahan tersebut tercetus apabila Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap menantunya, Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok