‘Abil rindu papa, tiada apa yang dapat memisahkan kita’

PENUH rasa sayu, pelakon Nabila Huda membuat netizen sebak apabila berkongsi luahan hati terhadap bapanya, Datuk Amy Search.

Menerusi hantaran berkenaan, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 40, memuat naik video memaparkan dirinya memeluk Amy, disertai kapsyen penuh emosi tentang hubungan mereka sebagai bapa dan anak.

Kita dipisahkan oleh masa, oleh takdir. Dan ya, takdir mungkin telah memisahkan kita tetapi alam semesta mempunyai rancangan lain.

Gentle reminder bahawa hubungan kita tidak pernah pudar. Malah, membawa kita kembali tanpa diduga untuk selama-lamanya,” tulisnya.

Dalam hantaran berlainan, pelakon filem Rahsia itu turut memuat naik rakaman panggilan telefon ketika Amy menjadi tetamu di konti radio Hot FM.

“Abil rindu sangat papa, tiada apa yang dapat mengubah betapa sayangnya saya pada papa.

Kasih sayang Abil pada papa tak akan pernah berubah, saya nak papa tahu itu. Tak akan ada yang dapat memisahkan kita,” luahnya.

Tambah ibu anak satu itu, dia bangga menjadi anak kepada pelantun Isabelle itu dan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapanya.

Saya bangga sangat dengan papa dan akan sentiasa menjadi ‘anakku sayang’.

“Saya doakan yang terbaik buat papa, dan kalau ada kelapangan saya akan sampai (ke konsert),” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif peminat dan netizen yang tersentuh dengan kasih sayang antara dua beranak itu.

“Sebaknya hati tengok pelukan mereka,” komen netizen.

Kadangkala jauh itu bukan penghalang bila cinta tak pernah hilang,” tulis pengguna media sosial.

“Hanya Allah tahu betapa dalamnya kasih sayang seorang anak,” ujar peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok