348
AKTOR Park Hae-jin mendedahkan kisah benar pertemuan semula bersama ibunya suatu ketika dahulu.
Menurut Hae-jin, semasa di sekolah menengah, keluarganya berdepan konflik sehingga ibu bapanya nekad berpisah.
“Ketika saya masih kecil, ibu dan ayah berpisah. Saya tinggal bersama kakak dan ayah sehingga tahun ketiga di sekolah menengah.
“Sebelum itu, pada tahun pertama dan kedua, saya tinggal bersama nenek sebelah ibu manakala kakak pula bersama keluarga sebelah ayah.
“Namun, selepas hampir 17 tahun hidup berasingan, akhirnya saya tinggal bersama ibu sehingga hari ini,” kongsinya ketika tampil sebagai tetamu dalam rancangan realiti My Little Old Boy.