139
SELEPAS Langit Ke-7, pencinta drama tempatan dihidangkan pula dengan Bidaah yang kini menjadi bualan hangat ramai dalam media sosial.
Baru ditayangkan 6 Mac lalu, Bidaah meraih pelbagai respons termasuk golongan agamawan yang mengkritik jalan cerita tersebut kerana dikatakan memburukkan imej Islam.
Hakikatnya, drama lakonan hebat Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana dan Vanidah Imran itu mahu memberi kesedaran serta membuka mata ramai tentang kewujudan kumpulan ajaran sesat di negara ini.
Sehingga hari ini, Bidaah arahan Fazli Yahya itu antara drama yang meledak dalam media sosial.
Antara yang viral pastinya adegan Vanidah mengusap janggut Faizal menggunakan kaki selain pengikut minum air rendaman kaki. – HIBGLAM