464
SEMAKIN hari semakin meleret-leret cerita poligami Azlan Komeng dan isterinya Nur Nilam Ortiz.
Awalnya Diva rasa simpati dan mempersoalkan mengapa Azlan sanggup memperlakukan isterinya yang sudah banyak berkorban sebelum ini sedemikian rupa.
Tetapi lama-kelamaan, Diva rasa macam ada benda tak kena. Tiba-tiba saja muncul isu Azlan nak kahwin lagi. Diva bukan nak tuduh Nilam buat gimik tetapi kalau benar Azlan memang mahu berpoligami, mungkin boleh tunjuk bukti.
Janganlah jual air mata dan kisah sedih semata-mata untuk tarik perhatian ramai dalam media sosial.
Penat sebenarnya dengan gimik-gimik murahan. Cukuplag gimik bergaduh demi nak lancar lagu raya.
DIVA: Banyak betul lagu raya, sampai pening nak dengar yang mana satu.