53
MASIH solo namun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin, pelakon Sharifah Rose terbuka berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang ingin dijadikan calon suami.
Menurut Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 26, bakal pasangan hidup perlu memiliki sifat rajin, lemah lembut dan aktif bersukan selain mendapat restu keluarga.
“Masa itu akan sampai apabila Allah izinkan, saya hanya menanti sahaja. Rancangan untuk mendirikan rumah tangga mestilah ada, mustahil tak nak kahwin kan.
“Lelaki idaman mestilah rajin, bekerja keras, lemah lembut, menghormati ibu bapa, ‘family person’ dan aktif dalam sukan.
“Paling penting, keluarga saya restu dan menyukai lelaki tersebut,” katanya menerusi satu video dalam TikTok.
Pun begitu, bintang drama Dua Darjat itu juga mengakui kurang berminat dengan lelaki yang memiliki tubuh terlalu sasa.
“Ciri lelaki yang saya cuba elak pula yang badan terlalu sasa,” katanya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen malah rata-ratanya mengaitkan ciri-ciri tersebut ada kena mengena dengan pelakon Ezzrin Loy yang didakwa rapat dengannya sejak beberapa tahun lalu.
“Rasanya ciri-ciri itu semua memang ada pada Ezzrin,” seloroh seorang netizen.
“Tak suka lelaki badan berotot? Habis tu nak lelaki perut boroi ke?” usik seorang lagi.
“Tak kisah lelaki sasa ke tak, asalkan bukan milik orang sudah,” komen seorang pengguna TikTok.
Sebelum ini, keakraban Sharifah Rose dan adik kepada aktres Elfira Loy itu dalam satu video TikTok mencetuskan spekulasi hubungan cinta antara mereka.
Malah, Rose dalam satu temu bual memaklumkan mereka sedang mengenali hati budi selama tiga tahun dan hubungan juga diketahui keluarga. – HIBGLAM