309
SELEPAS menerima berbakul-bakul kecaman netizen disebabkan watak Astrid dalam drama Curang Tanpa Niat, wajah Sharifah Sakinah dikatakan mirip Lisa Blackpink pula.
Semuanya tercetus selepas Lisa memuat naik video dalam TikTok dengan gaya rambut kerinting persis watak Astrid.
Lucunya, ramai menyeru nama Sakinah dalam ruangan komen dengan menyatakan wajah Lisa sepertinya.
Ingatkan Astrid, rupa-rupanya Lisa.
“Sekarang keliru, sekali pandang macam Sakinah,” kata netizen. – HibGlam