Sentuh agama, waspada Nabil

PROGRAM realiti Gegar Vaganza yang sudah memasuki musim ke-11 (GV11) masih menjadi pilihan ramai sehingga sekarang.

Selain barisan peserta yang terdiri daripada penyanyi hebat, telatah hosnya iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad bersama barisan juri antara magnet menarik penonton.

Kemunculan Sherry menggantikan tempat Jihan Muse bermula minggu keenam semakin menggamatkan pentas.

Cuma tak sedapnya dalam rancak bergurau Nabil seakan membandingkan teman gandingannya itu dengan Arab jahiliyah.

Walaupun sekadar usikan harapnya Nabil lebih peka dengan elak menyentuh bab sebegitu kerana banyak lagi topik lain yang boleh dibahankan.

Lagipun kita tak mahu jadi ikutan sebab ramai tonton, daripada kanak-kanak sampai warga emas. Nabil pun bukan baru setahun dua jadi pengacara selain mempunyai pengetahuan agama tinggi.

Jangan pula anggap Diva sengaja cetuskan polemik. Diva pun peminat GV dan pengikut setia Nabil. Rasa bertanggungjawab menegur benda yang kurang elok. Tak gitu?

Diva: Tahun ini Nabil angkut satu famili jadi duta kempen raya Jakel.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok