Saya rasa seperti hamba.”
Itu luahan bekas peragawati dan pelakon, Zahnita Wilson, 39, mengenai pengalaman hidupnya selama 20 tahun dengan suami, Abd Zackery Ghouse Abd. Ghani.
Dalam temu bual bersama sebuah program hiburan, Zahnita menangis sambil menceritakan kesengsaraan yang harus dilaluinya.
Sudah lama saya sembunyikan perkara ini. Tetapi saya perlu lakukan ini demi anak-anak. Saya tak mahu mereka lalui perkara yang saya lalui,” katanya.
Bercerita tentang kehidupannya bersama suami, kata Zahnita di awal perkahwinan lagi dia sudah melalui episod sengsara.
“Saya masih muda ketika itu. Jadi saya teruskan perkahwinan dengan harapan suami akan berubah.
Selepas 13 tahun hidup bersama, baru saya sedar dengan lelaki jenis apa yang sedang saya lalui kehidupan bersama. Saya tahu ia akan jadi semakin sukar untuk saya bebaskan diri daripadanya.
“Selama hidup dengannya saya didera secara fizikal dan mental. Saya sering dikatakan ibu yang tidak baik. Disebabkan itu juga saya tinggalkan karier saya,” kongsinya.
Disebabkan tekanan hidup, Zahnita mendedahkan dia turut mengalami sakit ‘slipped disc’ kerana sering buat kerja berat.
“Saya pernah beritahu dia (suami) izinkan saya keluar dari rumah, saya janji tak akan laporkan kepada polis apa yang berlaku.
Dia pernah minta maaf, tetapi keesokan harinya dia tetap lakukan perkara yang sama. Saya rasa seperti hamba. Kenapa dia buat macam ni kepada saya?
“Saya macam tak percaya ini adalah kehidupan saya. Tetapi saya perlu hadap kerana ini adalah takdir saya. Saya buat keputusan yang salah dalam hidup saya dan perlu laluinya,” luahnya.
Enggan melihat wanita di luar sana senasib dengannya, Zahnita berpesan agar sesiapa sahaja yang melalui keganasan rumah tangga agar tidak berputus asa dan berusaha mencari jalan keluar.
Jangan putus asa dengan diri anda. Cari jalan keluar, anda akan jumpa. Jangan simpan terlalu lama. Jika suami anda pernah angkat tangan kepada anda, dia tak akan berhenti.
“Saya janji akan ‘comeback’ 10 kali lebih kuat. Insya-Allah. Amin,” ujarnya. – HIBGLAM