91
TIADA angin tiada ribut, bekas anggota kumpulan EXO, Tao mengejutkan peminat apabila mengumumkan dirinya sudah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya iaitu Xu Yiyang.
Idola berusia 31 tahun itu berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Weibo dengan memuat naik sijil perkahwinan mereka.
Matlamat tercapai. Saya bercinta dengan harapan untuk berkahwin,” tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen.
Menurut sebuah laporan, merpati dua sejoli itu telah melangsungkan perkahwinan di China, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar pasangan terbabit sah menjadi suami isteri.
Tao yang berbeza usia empat tahun dengan isterinya itu mula mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Julai lalu dan mengikat tali pertunangan pada Ogos. – HIBGLAM