Watie mengucap panjang netizen nasihat Shuib cari isteri baharu

DITUDUH menjadi punca perubahan sikap pelawak Shuib, isterinya, Watie Hanifiah hanya terkedu dan mampu mengucap panjang dengan dakwaan tersebut.

Watie atau nama asalnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, bagaimanapun tidak melenting sebaliknya berdoa agar Allah memelihara hati setiap insan.

Dapat banyak mesej langsung (DM) pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy (panggilan Watie). Bila tengok mengucap panjang sahajalah yang mampu.

“Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Dalam masa sama, Watie turut berkongsi petikan kata-kata sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Ali Abi Thalib: “Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu.”

Kenyataan tersebut diluahkan selepas seorang individu memuat naik video dalam TikTok meminta pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 40, mencari isteri baharu kerana Watie telah mengubah sikapnya.

Aku nasihatkan tukar bini baru, cari yang lebih solehah.

“Ops, kau tak layak dapat yang solehah sebab kau pun 2×5 (sama),” ujar individu terbabit.

Berdasarkan pemerhatian HibGlam, video tersebut sudah dipadam dalam aplikasi TikTok. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok