Do Patti, dendam kesumat si kembar

FILEM Bollywood kembali meledak dalam Netflix menerusi naskhah arahan Shashanka Chaturvedi berjudul Do Patti.

Naskhah tersebut mengisahkan Kriti Sanon memegang dua watak iaitu pasangan kembar bernama Saumya dan Shailee, namun memiliki karakter yang berlawanan.

Meskipun pada awalnya saling membenci, Shailee bagaimanapun sanggup mengenepikan egonya untuk membalas dendam bagi pihak Saumya terhadap Dhruv. Pakatan mereka memang ‘power’!

Plot filem ini mula memuncak apabila suami Saumya iaitu Dhruv (Shaheer Sheikh) dituduh atas cubaan membunuh isterinya ketika melakukan aktiviti payung terjun.

Menariknya, filem ini turut dibintangi Kajol sebagai pegawai polis yang menyiasat kes jenayah pasangan kembar tersebut.

Satu demi satu kebenaran terbongkar dan penonton turut dikejutkan dengan ‘plot twist’ yang tidak dijangkakan daripada pengarah.

Naskhah yang mula ditayangkan sejak 25 Oktober lalu itu masih kekal dalam carta 10 filem popular dan paling banyak ditonton dalam Netflix. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok