PENDATANG baharu, Zubir Khan dan Ezra Kairo meluahkan rasa bangga dan terharu apabila menjadi pertama yang membawa lagu Tamil bertanding di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM).
Biarpun baru pertama kali beraksi di pentas separuh akhir, Zubir mempertaruhkan dua lagu sekali gus iaitu Yennode Macha dan OMK duet bersama Ezra.
Zubir atau nama sebenarnya, Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, mengakui dia sangat gementar untuk membawakan lagu Tamil di pentas SFMM39.
Sudah semestinya saya rasa gementar dan banyga. Tambahan pula ini kali pertama saya beraksi dan ini juga buat julung kalinya lagu Tamil dipertandingkan di pentas SFMM. Sebelum ini ada yang mempersendakan kekurangan saya dan berkata saya tak akan ke mana,” katanya kepada HibGlam.
Sementara itu bagi Ezra pula dia sama sekali tidak pernah terfikir bahawa lagunya akan layak ke pentas SFMM39.
Dapat masuk ke peringkat separuh akhir pun adalah satu pencapaian yang sangat hebat dan sudah cukup besar bagi kami. Kami sangat hargai peluang dan ruang yang diberikan untuk kami mendendangkan lagu kami di pentas berprestij ini,” jelasnya.
Persembahan Zubir menerusi lagu Yennode Macha mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton di studio. Melihat sambutan daripada penonton, Zubir yang terharu lantas bersujud di atas pentas tanda syukur terhadap sokongan yang diberi.
Saya sujud kerana sangat hargai pentas tersebut. Saya menonton Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak dari dulu lagi. Pentas ini adalah pentas yang terbaik buat seorang penyanyi dan komposer pamerkan bakat,” ujarnya.
Keputusan 10 lagu yang akan layak ke pentas AJL 39 hanya akan diketahui pada malam ini selepas selesai persembahan separuh akhir hari kedua. – HIBGLAM