Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie mendedahkan dia berpuasa sunat demi kesejahteraan suaminya itu yang didakwa di Mahkamah atas pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menerusi hantaran Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, dalam Instagram, dia mendedahkan isterinya Watie yang turut setia menemaninya di mahkamah.
“Alhamdulillah ada peneman hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan. Tapi pastinya satu pengajaran dan ujian dalam kehidupan.
“Hari ini mummy (Watie) puasa sunat katanya. Bila ditanya kenapa puasa sunat? Diet ke?
Tetapi jawabnya puasa sunat kerana nak minta pada Allah semoga dipermudahkan urusan suami hari ini. Terima kasih selalu ada dengan daddy,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Sementara itu pada bahagian komen, netizen mula berkumpul dengan memberikan pelbagai reaksi.
Ada yang mendoakan agar urusan Shuib dipermudahkan. Ada juga yang mengecamnya berkongsi tentang amalan puasa yang dilakukan oleh isterinya.
Terbaik isteri yang ada ketika susah dan senang suami. Moga dimurahkan rezeki buat Shuib dan Watie,” komen netizen.
Hari ini, Shuib didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia tahun lalu. – HIBGLAM