518
PENAMPILAN anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie memancing tumpuan ramai kerana didakwa kelihatan semakin kurus.
Peminat mula bertanya-tanya tentang keadaan penyanyi berusia 27 tahun itu ketika menggayakan gaun putih dalam sebuah majlis.
Perkembangan terkini Jennie itu semakin hangat diperkatakan apabila dia tiba di lapangan terbang dalam keadaan persis patung manequin yang sangat kurus.
Bagaimanapun, transformasi Jennie itu meraih pujian kerana dilihat lebih cantik tanpa lemak di pipi walaupun ada antara peminat risaukan kesihatannya.