‘Never say never’, jodoh ketentuan Allah – Cat Farish

PERNAH kecundang dalam perkahwinan terdahulu membuatkan penyanyi dan komposer Cat Farish serta isterinya, Shikin Maembong berasa serik untuk berumah tangga lagi.

Namun segalanya berubah selepas mereka bertemu dalam sebuah acara dan saling jatuh cinta.

Saya pernah cakap dulu pada semua orang bahawa saya sudah serik untuk berkahwin lagi. Saya tak mahu.

“Tetapi itulah kata orang ‘never say never’. Jodoh itu adalah ketentuan Allah,” kata Cat sewaktu ditemui pada sidang media Havoc Food Festival 37.0, baru-baru ini.

Pernah berkahwin dengan Cef Riz yang merupakan anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan, Shikin juga pernah menutup pintu hatinya.

Pertemuan dengan Cat bagaimanapun berjaya melembutkan hatinya untuk kembali menerima lelaki dalam kehidupannya.

Perkara ini terjadi secara semula jadi. Sebelum kenal satu sama lain kami masing-masing fokus berniaga.

“Tiba-tiba terjumpa di sebuah festival makanan dan kami jatuh cinta. Dia seorang yang sangat gentleman. Dia terus tanya sama ada saya single.

Saya tertarik dengannya kerana susah untuk mencari lelaki yang boleh tolong buat kerja-kerja dapur. Tetapi dia pandai dan tidak kekok. Jika dulu saya angkat tong gas seorang diri, kini ada suami yang tolong angkatkan,” jelasnya.

Tambah kakak kepada pelakon Emma Maembong dan Chacha Maembong itu lagi, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan sebelum berkahwin lagi adalah penerimaan anaknya.

“Anak saya pernah kata saya tak boleh ada teman lelaki. Tetapi apabila bertemu dengan anak Cat buat pertama kali mereka terus rapat,” kongsinya yang sah bergelar isteri kepada Cat pada Julai 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok