GARA-GARA terlalu baik menolong rakan seindustri, anggota kumpulan BTS, Jimin dilaporkan menjadi mangsa penipuan pelawak Lee Jin-ho yang meminjam duitnya berjumlah RM318,000.
Menurut sebuah laporan, Jin-ho menanggung hutang yang banyak selepas meminjam daripada beberapa selebriti terkenal bagi tujuan perjudian.
Spekulasi terus tersebar tanpa pengesahan, pihak pengurusan Jimin iaitu Big Hit Entertainment tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
“Betul Jimin menanggung kerugian yang banyak. Perjanjian hutang telah dibuat dan Jin-ho pun sudah dapat duit,” ujarnya.
Enggan berdendam, Jimin bagaimanapun masih berhati baik dengan meminta pelawak itu membayar semula hutang berkenaan dalam tempoh 10 tahun.
Sebelum ini, Jin Ho membuat pengakuan terlibat dengan aktiviti perjudian haram secara dalam talian sejak empat tahun lalu.
Dedahnya, dia terpaksa meminta bantuan kewangan daripada keluarga, kenalan serta rakan-rakan selebriti bagi membayar hutang judi, namun tidak mencukupi. – HIBGLAM